SUNGAI BULOH: Tiada laporan baharu yang diterima berhubung penjualan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia setakat ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Bagaimanapun beliau berkata pemantauan akan terus dilaksanakan kepada pelajar yang telah menerima peranti itu.
"Kita tahu sekiranya peranti tersebut disalah guna atau tidak berada di kampus dan pergi merata-rata... mereka akan dapat dikesan kerana kita dapat memantau keberadaan (peranti) sekiranya berada di luar kawasan (kampus).
"Contohnya semasa musim belajar, peranti tersebut hendaklah berada dalam kampus," katanya pada sidang media selepas menyerahkan peranti komuniti kepada wakil-wakil komuniti di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Saujana Utama di sini hari ini.
Beliau berkata daripada 300,000 peranti yang ada, hanya 14 kes diterima membabitkan penjualan peranti itu dengan sebilangan kecil daripada mereka telah membatalkan niat untuk berbuat demikian setelah diberikan nasihat.
Ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa peranti berkenaan bermasalah, Annuar berkata setakat ini tiada laporan sedemikian diterima.
Malah beliau berkata bekalan peranti terbaharu adalah yang terbaik di pasaran serta berkualiti.
Sementara itu, Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata bekalan telur di seluruh negara dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh dua bulan.
Beliau berkata penternak ayam telah dinasihatkan untuk meningkatkan pengeluaran telur berbanding menjual ayam susulan pengumuman subsidi baharu yang dijangka dapat membantu mereka supaya tidak mengalami kerugian.
"Kita akan berusaha memastikan bekalan telur sentiasa ada dan harga tidak meningkat terutama ketika musim perayaan, banjir dan sebagainya.
"Pemain industri juga telah dinasihatkan agar tidak sembelih ayam terlalu awal supaya ia dapat bertelur selain merayu kepada sesetengah pihak agar tidak menyeludup telur ke negara jiran," katanya.
Pada 1 Nov lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C sebanyak dua sen menyebabkan kadar subsidi telur ayam di peringkat ladang berubah daripada lapan sen sebiji kepada 10 sen sebiji supaya harga kawalan runcit kekal bagi telur gred A, B dan C.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022
Annuar berkata, pemantauan akan terus dilaksanakan kepada pelajar yang telah menerima peranti itu. - Gambar fail/ FB Annuar Musa
[TERKINI] Amanat Perdana Menteri sempena Majlis Kemuncak HAWANA 2024
Saksikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 dengan tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' yang berlangsung di Kuching Sarawak.
Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram
Polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk melakukan siasatan lanjut dan menyeluruh terhadap insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lepas.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Jepun sudah beri amaran kepada Korea Utara
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi menegaskan bahawa Tokyo telah menuntut melalui saluran diplomatiknya di Beijing supaya Korea Utara membatalkan rancangan pelancaran satelit peninjau tentera terbaharunya.
Korea Selatan bersedia depani ancaman Pyongyang
Tentera Korea Selatan sudah bersedia berdepan kemungkinan sekiranya berlaku provokasi oleh Korea Utara yang dijangka akan melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
[INFOGRAFIK] Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023
Berikut adalah info berkenaan dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
13 maut di Texas, Arkansas, Oklahoma
Lebih 430,000 pelanggan utiliti terputus bekalan elektrik merentasi kawasan lapan negeri dari Texas hingga Ohio.
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.
Mahasiswa tidak perlu pulangkan PerantiSiswa - Ismail Sabri
Penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia kini tidak lagi perlu memulangkan peranti itu, seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.
Perdana Menteri lancar inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia esok
PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih esok.
Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini - Annuar
Skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa diperluaskan kepada empat lagi kategori pelajar B40.
K-KOMM pertimbang perluas pemberian PerantiSiswa kepada pelajar institusi selain KPT
Berdasarkan permohonan yang dibuka sejak 15 April lepas, terdapat permohonan daripada pelajar institusi di bawah kementerian lain.
K-KOMM nafi pautan semak kelayakan dan permohonan PerantiSiswa
Ia adalah laman web tidak rasmi individu dan bukan daripada saluran rasmi kementerian.